Tuesday, February 5, 2008

Risalah Munajat

Risalah Munajat

Bahagian dalam buku

DOA DAN SELAWAT PARA IMAM

PENDAHULUAN

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam untuk (junjungan mulia) Rasulullah, keluarga dan sahabat Baginda serta golongan yang berjuang mempertahankan Islam.

Adalah menjadi satu keperluan kepada setiap orang Islam untuk bermunajat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tadharru‘. Ia adalah sebagai satu cara melahirkan rasa cinta, mengadu masalah, dan memohon hajat kepada Allah SWT. Susunan ungkapan yang lunak dan halus serta mengandungi pengertian yang mendalam dapat mendidik hati dan mengisi kekosongan jiwa.

Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna telah menghimpunkan berapa doa munajat para imam untuk dijadikan panduan amalan ahli jamaah Ikhwan Muslimin. Beliau ada menyatakan bahawa himpunan tersebut tidak mencakupi semua doa-doa dan beliau tidak menghadkan amalannya. Ia hanyalah sebagai contoh maka wajar ditambah dengan doa-doa lain yang diamalkan oleh para imam. Antara lain yang ditambah ialah lafaz-lafaz Selawat yang dipetik dari buku Afdhal Salawat ‘Ala Saiyid al-Sadat SAW, al-Qadhi al-Syeikh Yusof bin Ismail al-Nabhani.

Diriwayatkan daripada ‘Umar bin al-Khattab, sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang tertinggal dengan sebab tertidur daripada membaca "hizb" (susunan wirid dan zikir tertentu yang biasa ia amalkan) atau sebahagian daripadanya, kemudian ia membacanya pada waktu antara solat Subuh dan solat Zohor, maka ditulis ganjaran untuknya seolah-olah ia membacanya pada waktu malam.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibn Majah).




Munajat....

Kemesraan dan kenikmatan jiwa saat melakukan Qiamullail dan munajat dapat melupakan kepenatan, keletihan, kelesuan dan kerunsingan. Tiada satu waktu di dunia yang menyamai kenikmatan akhirat kecuali waktu yang dilalui oleh ahli tahajjud yang merasakan kelazatan munajat. Marilah kita berusaha menikmati kelazatan tersebut ….!




Kandungan buku RISALAH MUNAJAT:

* Puji-Pujian Kepada Allah SWT • Selawat dan Salam Kepada Rasulullah SAW • Selawat al-Nur al-Zati • SelawatIbrahimiyyah • Selawat al-Fatih (Pembuka) • Selawat Munjiyat (Penyelamat) • Selawat Sa‘adah (Kebahagiaan) •Selawat Kamaliyyah (Kesempurnaan) • Selawat Ulul ‘Azmi • Selawat Mukafa’ah (Balasan Hak Yang Sempurna) •Selawat In‘am (Kenikmatan) • Selawat Memohon Keluasan Rezeki dan Akhlak Yang Baik • Selawat PenyembuhPenyakit (Selawat Tibb) • Selawat Untuk Menghindar dari Bahaya (Selawat Badawi) • Selawat MemohonPengampunan Dosa • Selawat Tafrijiyah (Kelapangan) • Selawat Jalilah (Keunggulan) • Selawat MemohonKegerunan dan Kehebatan Pada Diri • Selawat Memohon Ketinggian Darjat* Doa Rasulullah SAW Ketika Tahajjud Munajat Imam Ali • Munajat Ibn ‘Atoillah al-Sakandari • Wirid (Hizb) al-Nawawi • Doa Imam al-Ghazali • Doa al-Saiyid Ahmad al-Rifa‘i • Doa al-Saiyid Ahmad bin Idris • Doa Abu al-Hasanal-Syazuli • Doa al-Imam al-Syafi‘i • Doa Taubat

Spesifikasi buku:
Saiz: 10 x 15cm
Jumlah Halaman: 96 muka surat
Harga: RM5.00

Boleh didapati di Kedai Buku Tinta Ilmu di alamat:
Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION (iMAP)
Lot 2-8-8, Tingkat 1, Pusat Beli Belah Ole-Ole,
Jalan Pinang A 18/A, Seksyen 18, 40200 SHAH ALAM
Tel / SMS: +603554 16915 / +6012 569 0030 Fax: +603-3554 1670
e-mail: intelmap@yahoo.com

Penghantaran Melalui Pos Cara Pembayaran:-
Bank In / ATM Transfer / Cash Deposit Machine
Bank CIMB: Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam
No Akaun: 1407-0515690-52-4
Bank Islam: Ahmad Hasan Bin Mohd Nazam
No Akaun: 08-022-02-012734-8

Selepas Bank In, butiran pembayaran dan alamat penghantaran hendaklah dimaklumkan kemudian buku pesanan akan diposkan.


Testimoni Risalah Munajat

Zikir kepada Allah dan membaca tasbih di waktu malam merupakan santapan rohani dan bekal bagi ruh serta hati. Orang yang telah merasakannya akan lebih prihatin dalam melakukannya. Kita semua pernah melakukan dosa dan kita sememangnya tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Justeru sangat wajar kita mengetuk pintu Allah di penghujung malam untuk meminta pengampunan dan rahmatnya sebab di waktu itu doa sangat makbul. Alangkah tepatnya bila orang-orang yang disakiti, ditimpa gangguan dan menghadapi perancangan musuh itu memohon bantuan taqdir diwaktu sahur.

Rasulullah s.‘a.w telah mengajarkan doa ketika bangun malam untuk tahajjud. Dalam risalah “al-Munajat”, Imam al-Syahid Hasan al-Banna memberi dorongan agar anggota Ikhwanul Muslimin melakukan Qiamullail. Beliau berkata: Wahai suadaraku, boleh jadi waktu terbaik untuk bermunajat ialah engkau berkhalwat dengan Tuhamu di saat orang-orang sedang tidur nyenyak dan seluruh alam menjadi hening; pada ketika malam melabuhkan tirainya dan bintang-bintangnya telah menghilang; engkau mengingati Tuhanmu. Itu semua membuatkan kamu merasa kemesraan di hadapanNya, hatimu tenang dengan mengingatiNya, engkau merasa gembira dengan kurnia dan rahmatNya, menangis kerana takut kepadaNya, menyedari pengawasanNya, tidak pernah jemu berdoa kepadaNya, bersungguh-sungguh beristighfar, mengadu seluruh keperluan kepada Zat yang tidak pernah lemah oleh sesuatupun dan tidak dilekakan oleh segala sesuatu. Bermohonlah kepadaNya untuk kepentingan duniamu, akhiratmu, jihadmu, dakwahmu, cita-citamu, harapan-harapanmu, tanah airmu, keluargamu, dirimu sendiri, dan saudara-saudaramu.

Kemesraan dan kenikmatan jiwa saat melakukan Qiamullail dan munajat dapat melupakan kepenatan badan dan keletihan kaki. Rasulullah s.‘a.w melakukan Qiamullail dan memanjangkan masa berdiri hingga kakinya yang mulia bengkak, namun ia tidak merasa sakit kerana tenggelam dengan kemesraan menghampirkan diri kepada Allah. Sebahgian orang soleh berkata: Tiada satuwaktu di dunia yang menyamai kenimatan akhirat kecuali waktu yang dilalui oleh ahli tahajjud yang merasakankelazatan munajat.”

Marilah kita berusaha menikmati kelazatan tersebut ….!

Petikan buku: Zad ‘Ala al-Toriq



TARBIAH IKHWANUL MUSLIMIN : DARI SUDUT IBADAH
Menurut Dr.Yusuf Al-Qaradhawi (2005) di antara unsur-unsur dasar ibadah yang ditekankan dalam tarbiah Al-Ikhwan Al-Muslimun adalah :~

(1) Berpegang teguh dengan sunnah dan menjauhi bid'ah kerana semua bentuk bid'ah adalah sesat. Berkaitan dengan hal ini, seorang akh yang terhormat Sayyid Sabiq menulis karyanya yang cukup terkenal iaitu "FIQH SUNNAH" yang disambut baik oleh Hassan Al-Banna sehingga beliau berkenan memberi pengantar dan memujinya. Sebelum dicetak luas, beberapa bahagian dari buku tersebut diterbitkan dalam majala mingguan Al-Ikhwan. Kitab ini disusun berdasarkan dalil-dalil syar'i dan dapat dianggap sebagai mewakili orientasi feqah Al-Ikhwan Al-Muslimun.

(2) Menjaga perkara-perkara yang fardhu. Hal ini adalah kerana Allah tidak menerima amalan sunnah sebelum memenuhi amalan fardhu. Dalam sebuah hadith qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dinyatakan :~

"Seorang hambaKu tidak mlakukan qurbah (pendekatan) kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku sukai dari melakukan apa yang telah Kuwajibkan kepadanya" kerana itu,tidak boleh sama sekali meremehkan dan menganggap ringan meninggalkan suatu kewajiban (fardhu).

(3) Menganjurkan solat jemaah. Hukum solat jemaah berkisar antara Fardhu Ain, Fardhu Kifayah atau Sunnah Mu'akkadah sesuai dengan perbezaan pendapat antara madzhab. Untuk itu, ketika sebahagian anggota Ikhwan dimasukkan ke dalam penjara Tur, mereka segera menjadikan bahagian-bahagian penjara yang terpisah itu sebagai masjid untuk melakukan solat jemaah dan solat jumaat. Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang mengimami dalam setiap solat pada waktu itu selalu berdoa Qunut di setiap rakaat terakhir dengan mengucapkan :

"Ya Allah, bukakanlah belenggu tahanan kami dengan kekuatanMu, himpunkanlah perpecahan kami dengan rahmatMu, selesaikan urusan kami dengan perhatianMu. Ya Allah, tutupkanlah aurat dan 'aib kami, berilah ketenangan atas rasa takut kami..."

(4) Menganjurkan perlaksanaan sunnah. Dalam kelanjutan hadith qudsi di atas dinyatakan :

"Dan hambaKu terus melakukan qurbah (pendekatan) kepadaKu dengan mengerjakan amalan-amalan sunnah sehingga Aku menyukainya..."

Betapa banyak orang yang di bawah naungan Tarbiah Ikhwan yang tekun menjalankan puasa dan solat malam:

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap" (As-Sajadah)

Masyarakat memberi sifat kepada pendokong Ikhwan Muslimun dengan sifat para sahabat dan para pengikut mereka pada masa dahulu, bahawa mereka adalah

"pendeta di malam hari dan satria di siang hari ".

Seorang penyair menyatakan dalam untaian puisi yang berjudul " HUWA AL-HAQ " atau puisi " AL-KATA'IB " yang dihafal oleh banyak orang :

Mereka adalah para hamba Ketika gulita malam menyelimuti kami Menyulut duka di setiap tempat sujud kami Mereka adalah pejuang kesatria Jika ada yang datang menyerbu kami Akan melihatnya bagaikan seekor singa yang perkasa.

Berkaitan dengan hal ini, Hasan Al-Banna sebagai Mursyid, menyusun sebuah risalah "Munajat". Di dalamnya ia menerangkan keutamaan solat tahajud dan solat malam, kedudukan doa dan istighfar dengan menyertakan beberapa ayat Al-Quran, hadith dan atsar yang menjelaskannya. Al-Banna rahimahullah selalu menekankan nikmatnya beribadah di tengah malam, melakukan solat malam ketika manusia terlelap tidur, bangun malam dalam ketaatan ketika banyak manusia yang juga bangun malam namun tenggelam dalam kelalaian menangis dalam tangisan orang-orang soleh di saat banyak manusia tertawa. Sering kali Al-Banna melantunkan untaian puisi seorang penyair mengungkapkan munajatkan kepada Tuhannya :

Mata yang terjaga di malam hari bukan untukmu adalah kebatilan Tangisan mata bukan kerana kehilanganmu adalah sia-sia

Juga dengan puisi penyair lainnya :~

Sesungguhnya hati yang engkau tenteramkan, Tidak membuatkan pelita untuk menerangi, Wajahmu yang menjadi harapan, adalah hujah kami pada hari di mana semua manusia, menghadap dengan berbagai hujahnya.



IHSAN: http://devoteeoftaqwa.blogs.friendster.com/my_blog/


No comments: